Ramai yang share video Dunia Muslimah : Cantik Hanya Setipis Kulit yang Membaluti
Jadi anda-anda pun share la juga ye, dapat pahala tau :)
Banyak perempuan sekarang macam atas ni
Tahu aurat perlu ditutup tapi masih memberi alasan kolot yang sama "belum sampai masa"
Hurmmm ni pun ramai perempuan kat luar sana buat kan
Memang dibolehkan pakai sarung lengan atau inner,
tapi pastikan longgar dan menutupi seluruh lengan,
rasanya tak perlu nak tunjuk lengan putih tu kalau taknak hitam kat akhirat.
Panduan :)
Dalam Islam, bergaya tidak menjadi satu kesalahan atau dosa
Asalkan MENUTUP AURAT
Malah Islam sendiri menggalakkan umatnya supaya kelihatan cantik
namun tidak berlebih-lebihan
Kan boleh pakai tudung 'masa kini' dengan sebetulnya :)
Memang ramai perempuan sekarang dah berhijrah. Tapi ... dari segi apa sebenarnya? Fahamkan niat sebenar. Kalau setakat nak gayakan shawl kembang korang dengan seluar jin ketat dan masih menonjolkan 'bola', lebih baik korang jangan perasan dapat pahala. Aku terkedu bila sorang kawan non-muslim aku tanya, untuk apa aurat ditutup sebenarnya? dan lepas tu dia tanya kenapa ada yang pakai macam tu (tudung berjambul tinggi macam bonjol unta) dan macam ni (shawl lilit-lilit tapi nampak sebahagian leher)? nasib dia faham apa yang aku jelaskan. and YES! Aku tak cakap atau tulis pun yang aku ni perfect. eh manusia Allah SWT cipta mana ada yang perfect. tapi sekurang-kurangnya jangan jadi jahil. kalau dah tahu sesuatu hukum, jangan nak perlekeh dan buat hukum sendiri.
dan kepada yang dah ber'shawl' dengan niat 'menutup aurat' tu, jangan pakai hanya untuk riak dan ujub. pakai semata-mata nak lelaki lihat, pakai semata-mata nak ikut trend, bila nampak orang lain pakai tudung kekampungan korang gelak dalam hati, korang hanya buat mereka yang menutup aurat dengan sebenar dan seikhlasnya gelak pada korang di akhirat nanti. ramai yang melenting bila ditegur, iman apa macam tu?
kepada yang dah menutup aurat selengkapnya mengikut syarak. Syabas, anda selamat dunia akhirat Insya-Allah, Allah SWT sentiasa melindungimu. biarlah sejelek mana pun mereka yang 'mentah' melihat kamu, tetapkan dalam hati, fikirkan pandangan Allah SWT bukan manusia :)