Sunday, May 27, 2012

Review: Bio-essence Bird's Nest Nutri-Collagen & Whitening Sleeping Mask

Ahhh bosannya cuti-cuti ni. Hari tu dah rancang macam-macam, nak pergi Langkawi, nak join kem beruniform, last-last cancel sebab masalah lain. Boringnya  -_-

So today just nak buat review tentang sleeping mask Bio-essence ni. Sejak digembar-gemburkan sleeping mask ni paling baik punya, I pun tercari-cari review tapi semua macam haprak (ehh sedap tangan menulis). Dah puas berkira-kira akhirnya keputusan diputuskan, pecahkan juga tabung (ceh sejak bila ada tabung?). Guardian selalu bagi offer, that's why I jadikan Guardian sebagai rumah kedua, ahahahaha I love you Guardian.




Gel or watery texture
Of course not oily :)


Okay ni just demo
Sebetulnya, apply kat muka waktu malam sebelum tidur
dan muka anda akan terasa smooth
dan baunya wangi serta tidak terlalu menusuk hidung kay :)

Luar kotak:








Sleeping mask ni cuma pakai 2 atau 3 kali seminggu je. Tak usah nak sapu tiap-tiap malam. Ada satu blog tu tulis kena pakai setiap hari, entah macam mana mukanya sekarang ye kehkeh.

Dalam kotak, dia ada bagi satu surat amaran. Memula I ingat surat cinta sesat mana kan, then dia tulis WARNING! besar-besar atas tu, fuhhh I ingat surat Ah Long pula, eh sejak bila buat pinjaman nih, rupa-rupanya surat daripada Bio-essence kepada jelitawan yang membeli produknya. Ditulis di situ bahawa, memang akan terdapat kesan sampingan seperti breakout dance, opps breakout pada muka, acne, bintil-bintil kecil, dan macam-macam kesan lain tak terjangka. TAPI nanti dulu, kesan ni cuma proses permulaan setelah anda mula memakai apa-apa produk Bio-essence ni. Kesan tu cuma nak keluarkan segala kekotoran pada bahagian dalam kulit. Bio-essence bertindak secara mendalam, dan kesan tu semua akan beransur pulih dalam 1 atau 2 minggu macam tu, katanya ...

My View
Kata I pula, begini yaaaaa .....
Suatu malam yang tenang, setelah membersihkan tangan dan wajah, terus jari-jemari halus I membuka penutup Bio-essence sleeping mask ni, setelah itu I oleskan sleeping mask tersebut ke muka di hadapan cermin dengan wajah gembira dan senyuman terukir bersama-sama harapan sleeping mask tersebut membawa berita gembira setelah I bangun tidur. Setelah mengurut-urut sikit muka, I pun gedebush atas katil dan baca doa tidur sebelum berdengkur.

Keesokannya, selepas bangun pagi terus pegang cermin tengok muka, dan 'OWWHHH' -_-  sama je. Biar pendek cerita la ye, lepas satu hari tu I tengok takde perubahan, I buat keputusan nak sapu sleeping mask ni tiap-tiap malam supaya kulit muka semulus Scha tu dapat juga I rasa. Tapi akhirnya jadi lebih teruk. Yesss lebih teruk. Breakout memang terjadi. Berbatu-batu jerawat timbul, pedih pula tu. Padan muka. dan lepas tu I stop pakai sleeping mask ni. Bila muka dah okay sikit, I pakai semula tapi ikut directionnya. Pakai 2-3 kali seminggu, dan sampai sekarang aku tengok takde perubahan. Yang I suka, kulit muka memang lembap dan smooth sangat :)

Conclusion
sleeping mask ni urrrggghhhh so bad, mungkin sebab I bawah umur. dan kebanyakan yang kata produk Bio-essence ni tersangat okay ialah mereka yang berumur 20 tahun ke atas. Lifting Cream Bio-essence pun hanya patut digunakan kepada wanita 30 tahun ke atas, sebab waktu tu kulit dah mula berkedut kan. Kepada remaja belasan tahun seperti I ni perlu lebih peka ya, pilihlah produk bersesuaian dengan kulit remaja seperti kita. Macam kawan I yang guna Iffah Gold tu, aku kata tu untuk wanita 30 tahun ke atas, tapi dia nak juga pakai, last-last muka dia merah-merah dan beruam. Clean & Clear mungkin sesuai, semuanya terpulang pada kulit masing-masing kay :)

Harga: RM52 or RM51 something. Kay no need to cry.