Friday, August 10, 2012

Malaysians support you CHONG WEI!

Okay, memang agak ketinggalan, anyway sebab ada exam, terpaksa tangguh ucapan TAHNIAH KEPADA LEE CHONG WEI :)  I dont care Chong Wei did won gold, silver or what because I knew he did the best that he can. and damn LIN DAN!


Seriously like ... WTF?!!

Lin Dan egoist! Its just your luck laa stup**. Who ever say Malaysia desperately want that small circular gold? you should watch your mouth Lin Dan. and share your billion money to needy in your country. dont think people dont know how China trained their 'assets'. its like in hell right? yeah, baru-baru ni keluar dalam akhbar, tentang bagaimana China melatih atlet sejak kecil, menyeksakan, dan semuanya semata-mata untuk mendapatkan 'gold'. omg, sooo sad and phatetic.


and Chong Wei, Malaysians proud of you, keep going with your life. May God bless you :)


Six pack? No, it's bone pack.

Friday, August 3, 2012

CONGRATS CHONG WEI

Wow, such a long time ago since I didnt blog kehkeh

Bila baca balik post lama, baru teringat tentang produk untuk di-review, ahh who wants to open my blog anyways.

dan TAHNIAH CHONG WEI for beating Cheng Longggg! lepas ni kalahkan Lin Dan, I'll support you no matter you win or not, I'll pray for your best performance :)

Monster Inc 2??! Selama ni aku fikir ending episod 1 adalah selamanya. Tapi sekarang ... ada EPISOD 2, dan akan ditayangkan 2013 nanti. I MUST WATCH IT!!!

errr what else eh? haha sorry quite busy lah, exam next week, lepas Raya Aidilfitri, mungkin aku review produk latest ...... iaitu kuih raya kahkah. See you soooon.

Sunday, May 27, 2012

Review: Bio-essence Bird's Nest Nutri-Collagen & Whitening Sleeping Mask

Ahhh bosannya cuti-cuti ni. Hari tu dah rancang macam-macam, nak pergi Langkawi, nak join kem beruniform, last-last cancel sebab masalah lain. Boringnya  -_-

So today just nak buat review tentang sleeping mask Bio-essence ni. Sejak digembar-gemburkan sleeping mask ni paling baik punya, I pun tercari-cari review tapi semua macam haprak (ehh sedap tangan menulis). Dah puas berkira-kira akhirnya keputusan diputuskan, pecahkan juga tabung (ceh sejak bila ada tabung?). Guardian selalu bagi offer, that's why I jadikan Guardian sebagai rumah kedua, ahahahaha I love you Guardian.




Gel or watery texture
Of course not oily :)


Okay ni just demo
Sebetulnya, apply kat muka waktu malam sebelum tidur
dan muka anda akan terasa smooth
dan baunya wangi serta tidak terlalu menusuk hidung kay :)

Luar kotak:








Sleeping mask ni cuma pakai 2 atau 3 kali seminggu je. Tak usah nak sapu tiap-tiap malam. Ada satu blog tu tulis kena pakai setiap hari, entah macam mana mukanya sekarang ye kehkeh.

Dalam kotak, dia ada bagi satu surat amaran. Memula I ingat surat cinta sesat mana kan, then dia tulis WARNING! besar-besar atas tu, fuhhh I ingat surat Ah Long pula, eh sejak bila buat pinjaman nih, rupa-rupanya surat daripada Bio-essence kepada jelitawan yang membeli produknya. Ditulis di situ bahawa, memang akan terdapat kesan sampingan seperti breakout dance, opps breakout pada muka, acne, bintil-bintil kecil, dan macam-macam kesan lain tak terjangka. TAPI nanti dulu, kesan ni cuma proses permulaan setelah anda mula memakai apa-apa produk Bio-essence ni. Kesan tu cuma nak keluarkan segala kekotoran pada bahagian dalam kulit. Bio-essence bertindak secara mendalam, dan kesan tu semua akan beransur pulih dalam 1 atau 2 minggu macam tu, katanya ...

My View
Kata I pula, begini yaaaaa .....
Suatu malam yang tenang, setelah membersihkan tangan dan wajah, terus jari-jemari halus I membuka penutup Bio-essence sleeping mask ni, setelah itu I oleskan sleeping mask tersebut ke muka di hadapan cermin dengan wajah gembira dan senyuman terukir bersama-sama harapan sleeping mask tersebut membawa berita gembira setelah I bangun tidur. Setelah mengurut-urut sikit muka, I pun gedebush atas katil dan baca doa tidur sebelum berdengkur.

Keesokannya, selepas bangun pagi terus pegang cermin tengok muka, dan 'OWWHHH' -_-  sama je. Biar pendek cerita la ye, lepas satu hari tu I tengok takde perubahan, I buat keputusan nak sapu sleeping mask ni tiap-tiap malam supaya kulit muka semulus Scha tu dapat juga I rasa. Tapi akhirnya jadi lebih teruk. Yesss lebih teruk. Breakout memang terjadi. Berbatu-batu jerawat timbul, pedih pula tu. Padan muka. dan lepas tu I stop pakai sleeping mask ni. Bila muka dah okay sikit, I pakai semula tapi ikut directionnya. Pakai 2-3 kali seminggu, dan sampai sekarang aku tengok takde perubahan. Yang I suka, kulit muka memang lembap dan smooth sangat :)

Conclusion
sleeping mask ni urrrggghhhh so bad, mungkin sebab I bawah umur. dan kebanyakan yang kata produk Bio-essence ni tersangat okay ialah mereka yang berumur 20 tahun ke atas. Lifting Cream Bio-essence pun hanya patut digunakan kepada wanita 30 tahun ke atas, sebab waktu tu kulit dah mula berkedut kan. Kepada remaja belasan tahun seperti I ni perlu lebih peka ya, pilihlah produk bersesuaian dengan kulit remaja seperti kita. Macam kawan I yang guna Iffah Gold tu, aku kata tu untuk wanita 30 tahun ke atas, tapi dia nak juga pakai, last-last muka dia merah-merah dan beruam. Clean & Clear mungkin sesuai, semuanya terpulang pada kulit masing-masing kay :)

Harga: RM52 or RM51 something. Kay no need to cry.

Sunday, May 20, 2012

TIRED and EXAMMM!

Salam sejahtera uollsss,

Lama tak update, almaklum saja musim exam ni, tekanan melanda, jiwa menggila, apa-apa je lah kan.
Exam kali ni entah lah kan, nak menyesal pun tak guna. Sendiri silap baca last minute, last-last depan paper exam je dah blank, dalam minda cuma gambar kura-kura (eh apa kena-mengena ya?).

Tapi tetapi ...

Dalam exam-exam pun boleh lagi aku koyakkan poket beli produk baru. Guardian memang murah hati, hampir setiap hari ada offer, memang kena sangat dengan aku yang tak pernah ada pantang-larang ni. Start cuti 26/5 ni, aku review semuanya kay. BYE.

Sunday, April 15, 2012

Mufin Ayam McDonald's (Chicken Muffin)

Dalamnya ada sos special manis-manis :)

Sekarang sedang offer,
kebiasaannya RM4.90, tapi sekarang cuma RM2.50
terhad sehingga 22 April sahaja!

Love the cheesy feeling awww :)